Guangxi (China): Seorang lelaki di sini mencungkil mata isterinya dengan tangan selepas mendapati wanita itu menjalin hubungan dengan lelaki lain.
Lelaki itu juga bertindak ganas selepas isterinya menuntut cerai. Menurut akhbar Want China Times, wanita berusia 39 tahun yang hanya dikenali sebagai Li, berkenalan dengan suaminya, Long, menerusi Internet, tahun lalu.
Selepas berpacaran selama tiga bulan, lelaki itu berubah, kata Li dalam laporannya kepada polis. Apabila dia enggan membantu menjelaskan hutang Long berjumlah 150,000 yuan, lelaki itu memukulnya.
Li cuba meninggalkan Long tetapi lelaki berkenaan menyembunyikan semua dokumen pengenalan dirinya dan mengancam mencederakan keluarganya. Keadaan itu menyebabkan dia akur dengan kehendak Long dan akhirnya terpaksa berkahwin dengannya.
Beberapa bulan kemudian, Li berkenalan dengan teman lelaki barunya. Long yang mengetahui mengenainya, menyerang lelaki berkenaan dan ketika Li cuba melindungi kekasihnya itu, suaminya memukulnya sebelum mencungkil matanya dengan tangan.
Long menghantar isterinya ke hospital selepas kejadian tersebut sebelum menyerah diri kepada polis.- Agensi
FLYING WITH MALAYSIAN AIRLINES JUST GOT BETTER
0 comments