Pergerakan Puteri UMNO mahu pihak berkuasa menyiasat dakwaan beberapa blog yang mendakwa seorang pelajar perempuan telah dicabul kehormatannya oleh seorang pelajar lelaki yang dikatakan anak seorang VVIP di Pulau Pinang.
Ketuanya, Datuk Rosnah Shirlin Abdul Rashid berkata, sewajarnya pihak berkuasa menyiasat kes tersebut memandangkan ia melibat kehormatan seorang gadis yang telah dizalimi.
“Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku, tidak kira sama ada anak VVIP atau anak Ketua Menteri sekali pun, dia perlu di bawa ke muka pengadilan.
“Undang-undang di negara ini tiada pengecualian kepada sesiapa sekali pun,” katanya kepada Mynewshub.my ketika dihubungi di sini hari ini.
Beberapa blog politik berpengaruh hari ini mendakwa seorang pelajar perempuan telah dibayar sebanyak RM200,000 untuk menutup mulut setelah buah dadanya diramas oleh seorang pelajar lelaki, anak kepada seorang VVIP di Pulau Pinang.
Menurut blog MiM, wang tersebut disogok oleh keluarga pelajar lelaki itu kepada mangsa dan kemudiannya bertindak memindahkan anak mereka ke sekolah lain untuk mengelak insiden tersebut diketahui orang ramai.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikaitkan sebagai VVIP yang dimaksudkan, dilaporkan sebuah portal berita sebagai enggan mengulas mengenai perkara tersebut kepada media.
“Mengapa harus saya menjawab soalan mereka setiap kali?,” persoalnya kepada wartawan hari ini.
Isteri Guan Eng, Betty Chew ketika ditanya hal itu mengelak dari menjawab dan hanya berkata, “Tolong kemukakan soalan kepada KM”.
Anak lelaki ketua menteri itu yang berusia 16 tahun itu didakwa baru-baru ini dipindahkan dari sekolah Cina Heng Ee ke Sekolah St Xavier’s Institution kerana masalah disiplin.
Mengulas mengenai jawapan Ketua Menteri Pulau Pinang itu, Rosnah menyatakan bahawa mungkin itu pendekatan yang digunakan Setiausaha Agung DAP itu untuk mengelak dari terus tertekan akibat dakwaan tersebut.
“Mungkin itu pendekatan beliau untuk menjawab persoalan berkenaan,” katanya lagi.
Rosnah berkata, perkara tersebut melibatkan salah laku individu yang mengaibkan mangsa yang hanya merupakan seorang gadis marhein serta kaum keluarganya dan pembelaan perlu diberikan kepada mereka.

TAKE FREE ONLINE COURSES FROM THE BEST UNIVERSITIES IN THE WORLD

0 comments