HOBART - Seorang lelaki di Hobart , Tasmania , Australia dibicarakan kerana mengintai isterinya sendiri yang sedang mandi. Lelaki ini membuat lubang kecil di kaca dalam bilik mandi mereka .
Kes yang sedikit aneh ini berlaku ketika hubungan suami isteri yang telah berkahwin 34 tahun itu diambang perpisahan. Dilapor News.com.au , Jumaat ( 31/1/2014 ) , pendakwa yang mengendalikan kes ini, Steven Harper memberitahu pada Ogos 2013 lalu , si isteri yang hendak mandi ternampak suaminya mengintai dari tangki air .
" Setelah keduanya berbincang, si suami sepakat untuk menghormati hak privasi isterinya di masa akan datang , " tutur Harper. Namun , Oktober 2013 , insiden sama kembali terjadi. Si isteri menemui lubang untuk mengintai tersembunyi di balik kaca. Si isteri yang marah langsung melapor kepada polis .
Kepada polis, si suami mengakui dirinya memang mengintai isterinya di bilik mandi dan merakam pelbagai video si isteri. Menurut undang - undang tempatan, mengamati atau merakam secara visual orang lain yang sedang dalam keadaan yang dianggap privasi diancam hukuman maksimum 12 bulan penjara atau denda hingga AUS $ 6,500.
Hakim Michael Hill menyatakan peraturan yang ada sebenarnya tidak untuk diterapkan pada situasi domestik atau dalam perkahwinan. Hakim akhirnya melepaskan si suami namun dengan masa percubaan selama 2 tahun.
FLYING WITH MALAYSIAN AIRLINES JUST GOT BETTER


0 comments