Apakah Tujuan Gadis Cantik Tanpa Pakaian Ini Tidur Dengan Khinzir??


MESKIPUN mengakui dirinya takut kepada kuman, namun atas nama seni, seorang wanita penggiat seni, Miru Kim sanggup untuk tinggal bersama babi selama 104 jam tanpa henti. Bekas pelajar perubatan itu tinggal di dalam bilik di bahagian depan sebuah galeri, Art Basel Miami 2011, dan para pengunjung boleh melihatnya berb0gel bersama babi melalui sebuah tingkap.

Selama empat hari seterusnya, dia akan terus tinggal, makan, dan tidur bersama dua ekor babi di dalam sebuah bilik kaca.Kim, yang juga merupakan anak kepada seorang ahli falsafah Korea itu mula terkenal sejak dia mengambil gambar-gambar b0gel dirinya sendiri di tempat-tempat ganjil seperti kilang usang, terowong, dan jambatan.


Ujarnya, kerja yang dilakukan itu membantunya untuk mengatasi ketakutannya — "Ketakutan terhadap kegelapan, bahaya dan ketakutan terhadap kekotoran". Dia mendapat idea untuk mengadakan pameran seni yang diberi nama "I like pig and pig like me" (Saya suka babi dan babi suka saya) itu selepas membaca sebuah buku seorang ahli falsafah, Michel Serres.Buku berjudul "Five Senses: A Philosophy of Mingled Bodies" itu meneroka dan menghuraikan perihal ciri-ciri dan sifat kulit.

"Kulit bukan sekadar sebuah sampul yang melindungi bahagian dalaman badan, atau membran yang mengawal pertukaran di antara luaran dan dalaman badan" kata Kim."Ia juga bertindak sebagai titik pertemuan dunia luar dan dalaman, juga di antara badan dan jiwa" tambahnya lagi."Apabila saya bergaul dengan babi-babi, kewujudan saya lebih dapat dirasakan".

Kim mulai kagum dengan babi sejak dia mempelajari subjek pembedahan di Colombia University di New York. Sejak dari itu dia mula memiliki tarikan kuat terhadap haiwan itu (babi)."Ianya berlaku selepas saya menyedari bahawa struktur anatomy dan warna kulit babi sangat menyamai kita" kata Kim menceritakan pengalamannya."Babi haiwan yang sensitif, pandai dan sewaktu saya bersama babi memasuki bilik kaca, pada mulanya ia memberikan reaksi takut dan kehairanan"

FLYING WITH MALAYSIAN AIRLINES JUST GOT BETTER

PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments