Aplikasi IPhone Yang Mampu Menelanjangkan Wanita.


Biar betul boleh download dan install iPhone Application yang boleh memb0gelkan wanita dikenali sebagai Pic Bubbler?

NEW YORK : Satu aplikasi terbaru telefon bimbit iPhone berupaya mengubah gambar wanita berbikini menjadi gambar b0gel, lapor sebuah akhbar semalam.

Aplikasi ‘nakal’ itu yang dikenali sebagai Pic Bubbler, boleh dibeli dari gedung dalam talian iTunes pada harga cuma AS$0.99 sen (RM3).

Menerui Pic Bubbler, ilusi optikal berbentuk buih digunakan bagi menghasilkan gambar b0gel walaupun wanita tersebut sebenarnya memakai baju renang atau bikini.

Apabila pengguna memuat naik gambar wanita berbaju renang, perisian itu menutup gambar tersebut dengan satu lapisan lut sinar mengandungi lubang buih yang boleh dimanipulasi menerusi skrin sentuh iPhone.

Pengguna cuma perlu memecahkan buih-buih di permukaan lut sinar itu bagi menelanjangkan gambar tersebut dan berkongsinya dengan rakan-rakan dalam talian menerusi emel, Facebook, Twitter dan Flickr.

Menurut pereka perisian itu, Jesus Diaz, perisian berkenaan agak sempit untuk digunakan dalam skrin iPhone yang bersaiz 8.8 sentimeter kerana ia sebenarnya direka untuk paparan komputer seperti iPad.

SONY WORLD PHOTOGRAPHY AWARD

PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments