Labah Labah Unta Yang Besar



Cerita labah-labah unta mula merebak semasa Perang Teluk 1990-91. Ia dipanggil labah-labah unta disebabkan oleh habitatnya di gurun. Makhluk ini biasanya tidak berbahaya kepada manusia. Tetapi, makhluk ini amat menakutkan apabila bertemu dengannya.


Askar di Iraq pernah digigit oleh labah-labah unta ini. Ya, makhluk boleh menggigit. Jika ia berbuat demikian, ada kemungkinan berlakunya jangkitan.

Labah-labah unta boleh bergerak pada kelajuan lebih 30 batu/jam, dan mengeluarkan bunyi seakan menjerit semasa mereka berjalan. Labah-labah unta boleh membesar sehingga sebesar Frisbee. Jika digigit oleh labah-labah unta, racunnya adalah anestetik dan boleh mengebaskan mangsanya.

Labah-labah unta boleh melompat setinggi 1 meter. Mereka biasanya menggigit semasa orang sedang tidur. Oleh kerana kesan kebas dari racunnya, mangsa tidak akan sedar sehingga mereka terjaga. Ia bukan sejenis labah-labah sebenarnya, ia adalah solpugids tetapi ia tergolong sebagai labah-labah dari kelas Arachnida.






PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments