Remaja Perempuan Toreh Lengan Tanda Sayang Pada Pakwe ( 2 Gambar ).


SEBELUM ini kami pernah kongsikan tindakan remaja mengelar lengan sendiri guna pisau sebab mahukan perhatian teman lelaki.

Ini pula, tindakan lebih kurang serupa seorang lagi remaja yang hanyut di alam percintaan.

Walaupun tahu ia satu tindakan bodoh, remaja ini tetap gigih menahan sakit mencacah lengan sendiri kerana baginya tangan itu hak dia.

Amboi, pandai-pandai je dakwa tangan itu milik diri sendiri kan?

Untuk pengetahuan adik tangan itu amanah Tuhan jadi jawablah sendiri bila ditanya di akhirat nanti apa dah dibuat pada amanah itu.

Bawalah banyak-banyak istighfar dan ingat sama ibu bapa yang telah membesar dan melahirkan anda selama ni.

Penat-penat bela sampai dah besar, senang-senang je nak korbankan diri untuk manusia yang baru dikenali setahun dua?

Kasihanlah pada mak ayah anda oi.

FLYING WITH MALAYSIAN AIRLINES JUST GOT BETTER

PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments