Tiga Model Cun Singapura Kena Belasah Tepi Jalan ( 6 Gambar ).


Selama ini, Malaysia selalu dikatakan negara yang kurang selamat berbanding Singapura.

Tapi selepas insiden rusuhan di Little India baru-baru ini, tiga wanita pula mengalami kecederaan di negara jiran kita ini selepas diserang di jalanan.

Kejadian sekitar jam 3 pagi Khamis lalu, berlaku ketika tiga model iaitu Ziyi Kuek, Esther Lee dan Anna Huang menaiki kereta menuju Circular Road untuk makan-makan selepas pulang dari kelab hiburan.

Bagaimanapun kira-kira 100 meter untuk sampai ke destinasi, seorang lelaki mabuk muncul di tengah jalan.

Kuek yang memandu segera membunyikan hon namun ia menimbulkan kemarahan lelaki tersebut yang mula mengetuk cermin tingkap dan menyepak kereta hingga bumper depan terkopak.

Lelaki itu kemudian membuka pintu kereta penumpang hadapan lalu menarik keluar Huang dan mula membelasahnya.

Kuek dan Lee turut keluar dari kereta lalu berlaku bergaduhan dan pergelutan antara mereka yang berakhir dengan kecederaan terhadap ketiga-tiga wanita terbabit.

Ketika menceritakan semula detik kejadian, mereka meluahkan kesal kerana terdapat ramai yang memerhati malah merekodnya di telefon bimbit tetapi tiada siapa tampil menolong hinggalah ketibaan polis.

Difahamkan hanya Kuek yang tidak mengambil minuman keras ketika insiden tersebut berlaku.

Kuek merupakan finalis ratu cantik Singapura untuk Miss World 2011 dan pernah beraksi dalam FHM 2010, manakala Huang and Lee banyak menyertai pertandingan ratu cantik.

Sebagai rekod, kejadian rusuhan di Little India, Singapura membabitkan 400 pekerja Asia Selatan pada 8 Disember lalu juga dikatakan berpunca daripada mabuk.



KFC VALUE TREATS IRRESISTABLE OFFER

PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments