Aksi Ranjang Anzalna Nasir Di Slot Akasia Di TV3.

Pengarah Fairuz Loy, mengakui kurang berpuas hati apabila terpaksa membataskan beberapa babak intim dalam drama bersiri terbaru arahannya berjudul ‘Aku Isterinya’. Namun beliau akur demi menjaga sensitiviti. Sekaligus mengelak dari timbulnya sebarang isu atau kontroversi apabila siri yang bakal menghiasi slot Akasia di saluran TV3 itu ditayangkan mulai 31 Mac ini.


“Pihak kami harus menjaga sensiviti dan mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh stesen televisyen dan kementerian Dalam Negeri (KDN). Saya kena olah semula beberapa dialog yang tidak sesuai untuk tontonan umum dan kami tak boleh buat sampai babak atas katil tetapi kami visualkan dari segi kata-kata pandangan dan senyuman.

“Lagipun slot ini disiarkan selepas waktu maghrib, jadi kita faham dengan waktu itu adalah waktu yang sangat sensitif”, katanya ketika ditemui pada sidang media drama arahannya itu yang berlangsung di Sri Pentas baru-baru ini.


‘Aku Isterinya’ diadaptasi dari novel terlaris nukilan Acik Lana. Drama tersebut menampilkan gandingan utama, Izzue Islam dan Anzalna Nasir.

Dalam pada itu Fairuz juga berkata beliau tidak gembira kerana terpaksa menukar judul drama arahannya itu kerana tajuk asal novel, ‘Aku Bukan Mistress’ tidak mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

IMPORTANT NUTRITION DURING PREGNANCY

PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments