Ibu Kejam Di Thailand Memakan Anaknya Sendiri.

Wanita Yang Di tuduh memakan anaknya.
Chiang Mai - Seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak, telah dituduh membunuh dan memakan anaknya sendiri. Kedua-dua buah hatinya itu masing-masing berusia 1 tahun dan 5 tahun. Wanita dari Suku Musur yang tidak diketahui identitinya ini tinggal di wilayah Mae Ai, Thailand.

Pihak polis tempatan mengatakan bahawa wanita ini memang ditemui sedang tertidur dengan potongan tubuh di sisinya, dan ternyata bahagian tubuh itu adalah potongan tubuh kedua-dua anaknya. Namun, polis belum menemui bukti apakah sang ibu juga memakan kedua-dua anaknya itu.

Untuk mencari kebenaran tentang kejadian tersebut, pihak polis cuba mengajukan beberapa soalan berkaitan, tetapi wanita ini tidak memberikan jawapan sama sekali.

Menurut keterangan daripada suaminya, ibu dari kedua-dua anaknya ini tmengalami gangguan jiwa sejak tahun  2007 lalu. Suaminya menambah bahawa isterinya juga sudah berhenti mengambil ubat sejak 2 bulan yang lalu. Sebelum waktu kejadian, sang isteri berada dalam keadaan normal.

Suaminya berkata pada isterinya bahawa dia harus pergi keluar bandar selama beberapa hari untuk membeli ubat-ubatan yang diperlukan oleh isterinya. Namun, dia tidak pernah menduga akan terjadinya perkara ini.

Bangkok Post melaporkan, sebelum dia membunuh kedua-dua anaknya, sang ibu ini berhalusinasi ada seorang wanita yang datang untuk mencederakannya.

Proses undang-undang tidak dapat dijalankan walaupun si ibu dituduh melakukan pembunuhan sadis terhadap kedua-dua anaknya. Gangguan mental yang dialaminya juga mengakibatkan dia tidak dapat dibicarakan di makhamah kerana dihantar ke pusat rawatan mental.


FLY FROM KUALA LUMPUR AIR ASIA X

PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments