Pujuk Rayu 10 Minit, Terus Tanggal Pakaian Dalam.

Gambar Hiasan

Chukai: Kemaruk dilamun cinta dengan kekasih Internet yang dikenali tidak sampai tiga jam melalui laman sosial, seorang eksekutif muda terjebak dalam perangkap seorang gadis yang kemudian bertindak memeras ugutnya tidak sampai 10 minit selepas selesai meluah perasaan.

Menurut sumber, mangsa mula mengenali suspek pada jam 12 tengah malam Khamis lalu sedang melayari laman sesawang di rumah sewanya di Kawasan Perumahan Rantau PETRONAS di kawasan Kerteh, dekat sini.

Dipercayai, mangsa berusia 36 tahun dari Kuantan itu ‘cair’ dengan pujuk rayu suspek yang mendakwa dirinya seorang gadis berdarah kacukan Cina dan Eropah sehingga sanggup merakam dan mengirimkan gambar ‘berahinya’.

Sumber berkata, kerana terpedaya, mangsa kemudiannya turut memberikan nombor telefon bimbit kepada gadis yang memperkenalkan diri sebagai Alexa itu.

“Suspek memujuk untuk melihat fizikal mangsa tanpa berpakaian dan mangsa tanpa banyak soal turut menghantar gambar-gambarnya dalam keadaan memberahikan itu kepada gadis berkenaan.-myMetro


HOOTSUITE SOCIAL MEDIA MANAGEMENT FOR THE ENTERPRISE

PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments